Monday, August 10, 2009

BETULKAN NIAT ANDA UNTUK BERNIAGA

AApabila anda mahu terlibat dalam bidang perniagaan maka soalan pertama yang patut
ditanya pada diri adalah untuk apa? Sebab ramai mereka yang menceburikan diri dalam
bidang pernigaan sebeanarnya tidak jelas kenapa mereka melakukannya dan akhirnya
kecewa dan putus asa. Ramai diantara kita berniaga kerana mahukan kebebaskan kewangan, mahu mengumpul kekayaan,mereka lihat orang bisnes jadi bos sedangkan
orang lain jadi kuli. Mereka juga mahukan penghormatan,kuasa dan sebagainya. Memang
betul seorsng usahawan yang berjaya mampu memiliki itu semua tetepi ia bukannya datang sebegitu mudah. Ia datang melalui keringat dan airmata. Pengorbanan bagi membangunkan sebuah empayar perniagaan penuh berliku dan sebab itulah mereka yang berjaya melalui liku-liku ini selayaknya mendapat pengiktirafan dan penghormatan.
Kalau niat berniaga hanya untuk dunia maka kita dapat dunia sahajalah. Tetapi kalau niat berniaga kita untuk akhirat maka kita akan dapat kedua-duanya. Dalam hidup ini kita hanya mencari dua perkara iaitu rahmat ALLAH dan keberkatan.Begitulah juga dalam berniaga, kita mahukan rahmat ALLAH dan kerberkatan dalam rezeki yang diperolehi nanti. Dari awal lagi kita perlu memasang niat bahawa kita berniaga ini kerana ia satu sunnah dan memenuhi tuntutan salah satu dari Rukun Islam iaitu menunaikan zakat. Dengan niat yang jelas dan hati yang ikhlas maka mudahlah kita melakukan perniagaan dan menerima segala ujian dari ALLAH serta sabar menghadapi apa jua cabaran dan rintangan. Barulah perniagaan yang dilakukan kelak membawa kepada kebahagian dunia dan akhirat.


No comments:

Post a Comment